PELUANG

VeMMA -Perniagaan internet yang menawarkan peluang hebat seumur hidup anda untuk menjana income yang luar biassa.VeMMA turut menyediakan satu platform yang mudah untuk anda membina perniagaan sendiri atau menjadikannya sebagai kerjaya anda dibantu oleh sistem autoresponder yang hebat.

Wednesday, January 19, 2011

KEWANGAN STABIL bentuk KERJAYA CEMERLANG.

Majalah Harmoni ( Mei 2010 )

Setiap individu yang berkerjaya pasti mengimpikan pendapatan yang lumayan bagi menampung kehidupannya.Namun tidak semua yang mampu merancang kewangannya dengan baik, kerana kurang bijak menguruskan sumber pendapatan yang diperoleh pada setiap bulan.Akibatnya, timbul pelbagai rungutan dan permasalahan sehingga menganggu konsentrasi ketika bekerja.

Di bawah ini merupakan beberapa tips yang boleh dijadikan panduan bagi membentuk kewangan yang stabil sekaligus membina kerjaya yang cemerlang.

1.Konsep Satu Pertiga
Selepas memperoleh gaji, bahagikan kepada tiga bahagian. Satu pertiga daripadanya diperuntukkan untuk membayar hutan (ansuran kereta, rumah atau pinjaman pendidikan). Satu pertiga lagi untuk disimpan di dalam akaun simpanan khas dan satu pertiga yang terakhir digunakan untuk perbelanjaan (belanja dapur, makan, minyak kereta atau membeli-belah)

2.Bayar Pada Awal Bulan.
Jangan amalkan sikap bertangguh untuk membayar hutang. Sebaiknya, jadikan awal bulan (beberapa hari selepas gaji) sebagai kewajipan bagi anda untuk membayar segala hutang yang sepatutnya. Begitu juga dengan bil-bil seperti telefon, elektrik dan air. Hal ini bagi mengelakkan anda menggunakan wang yang telah dikhaskan untuk membayar hutang bagi tujuan berbelanja.

3.Buka Akaun Berasingan
Simpanan sepatutnya dimulakan seawal kerjaya lagi. Namun, ia masih belum terlewat untuk anda memulakannya ketika ini. Buka akaun berasingan bagi menyimpan dana simpanan anda.Simpanan tidak semestinya bernilai tinggi, RM100 sebulan misalnya sudah memandai.Tetapi jangan sesekali mengekluarkan simpanan ini melainkan bagi tujuan kecemasan.

4.Buat Pelaburan
Selain simpanan, anda boleh membuka akaun pelaburan atau membeli amanah saham sebagai simpanan jangka masa panjang.Namun sebelum membeli sesuatu pelaburan, kaji secara mendalam bagi mengelakkan anda tertipu.Jangan sesekali menyertai skim yang meragukan.Sebaliknya pilih pelaburan yang hanya diiktirafkan.

5.Jangan Tambah Hutang
Jangan berusaha untuk menambah hutang yang sedia ada. Jika ingin membeli sesuatu yang mahal seperti perabot,rumah atau peralatan elektrik, elakkan membeliny secara hutang.Kumpul duit anda setiap bulan sehinggalah jumlahnya mengcukupi bagi membeli segala barangan yang anda idamkan.

6.Kad Kredit Bukan Sahabat
Kad kredit adalah antara punca timbulnya krisis kewangan bagi anda yang bekerja.Kebanyakan daripada kita berbelanja secara boros menggunakan kad kredit, namun akhirnya tidak mampu untuk melangsaikannya.Justeru, jangan jadikan kad kredit sebagai kegunaan wajib anda bagi membeli segala barangan yang dihajati.Jika mahu menggunakan kad kredit untuk mengelakkan membawa wang tunai yang banyak, pastikan anda membayar pada keesokkan harinya.

7.Perlindungan Insuran.
Insuran atau takaful amat penting terutamanya bagi anda yang telah berkeluarga. Hal ini bagi menjamin kehidupan pada masa hdepan keluarga jika berlaku sesuatu padaq diri anda. Namun, sebelum anda membeli insuran, pastikan anda benar-benar memahami pakej yang diambil dan memenuhi keperluan anda.

8.Beli Aset Tetap
Jika berkemampuan, daripada menyewa rumah lebih baik anda membelinya.Rumah atau tanah adalah aset tetap yang amat menguntungkan anda pada masa akan datang. Tidak seperti kenderaan, harga rumah dan tanah akan meningkat pada setiap tahun.Inilah masanya untuk anda membuat perancangan bagi membeli aset berharga ini.Cuba usahakan untuk mengumpul kewangan bagi membayar deposit bagi pembelian tersebut.