PELUANG

VeMMA -Perniagaan internet yang menawarkan peluang hebat seumur hidup anda untuk menjana income yang luar biassa.VeMMA turut menyediakan satu platform yang mudah untuk anda membina perniagaan sendiri atau menjadikannya sebagai kerjaya anda dibantu oleh sistem autoresponder yang hebat.

Showing posts with label KEWANGAN. Show all posts
Showing posts with label KEWANGAN. Show all posts

Thursday, January 20, 2011

JUTAWAN VeMMA PERTAMA DI MALAYSIA



Tidak kita apa yang ingin kita lakukan, perniagaan jenis bagaimana yang anda ingin laksanakan, paling penting anda punyai impian dan percaya kepada kebolehan sendiri.
"Believe to see, not see to believe",
                                                                                                                      - NORSALEHIN ISMAIL -



Daripada insan biasa dia membina impian untuk menjadi luar biasa. Norsalehin Ismail, 28, anak kelahiran negeri yang sinonim dengan kepopularan 'anak mami' ini, hari ini nyata telah hampir memenuhi impian luarbiasanya.

Tika pemuda lain masih tergapai-gapai mencari arah dan matlamat hidup, namun tidak bagi graduan lepasan Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor, dalam bidang kejuruteraan awam ini.Lima tahun bertugas mengikut bidang yang dipelajarinya di pusat pengajian tinggi, bagi Salehin kepuasan yang diinginkan belum dikecapi.Terutama impiannya untuk mengubah nasib dan taraf hidup keluarga mendesak.Sedangkan modal menjadi masalah terutama apabila dia bukannya lahir atas dulang emas.

Terlibat dalam perniagaan internet secara tidak langsung siapa sangka memberi ruang sebagai jalan pintas kepada anak muda ini memenuhi impiannya.

"Saya memperjudikan nasib mencuba perniagaan networking secara online, VeMMA setelah diperkenalkan oleh teman sosial yang dikenali di laman naya, Matt Morrow dari Carlifornia.Melihat kejayaan yang dikecapi oleh Royal Ambasadors ini memperolehi pendapatan lebih US100 ribu sebulan mengugah hati saya lantas terus membuat kajian mengenai produk yang ditawwarkan, potensi dan peluang untuk mencapai kejayaan bersama perniagaan yang asalnya saya sendiri tidak kenali",cerita Salehin mengimbau pertemuan awal bersama syarikat yang kini banyak memberi peluang yang tidak pernah dikecapinya sebelum ini.

Menurut Salehin, enam bulan pertama perniagaan yang dijalankan secara sambilan ketika itu memperolehi keuntugan sekitar RM500 hingga ke RM1000 sebulan.Melihat kepada peningkatan pendapatan pada perniagaan yang dibina, Salehin nekad melepaskan jawatan disandang untuk  memberi perhatian kepada perniagaan online ini tanpa berpaling lagi.


"Perniagaan online VeMMA cukup mudah.Modalnya sekitar RM342 iaitu pembelian untuk set produk ,mempunyai sebuah komputer dan talian internet.Perniagaan ini boleh dilakukan di mana sahaja dan pada bila-bila masa tanpa batasan. Namun harus diingatkan, perniagaan ini tidak terikat dengan majikan dan masa kerja 9 hingga 5 tetapi anda harus mempunyai komitmen dan disiplin yang tinggi agar usaha yang ada tidak kandas dipertengah jalan", ujar Salehin.


Menurut Salehin lagi, rutin hariannya sama seperti mereka yang kerja bermajikan yang mana awal pagi dia akan bersedia seolah-olah ingin ke pejabat.Selepas sarapan, yang membezakannya ialah dia tidak perlu tertekan dengan kesesakan lalu lintas, tidak perlu menegeluarkan modal untuk petrol dan tol, tetapi dia akan membuka komputer ribanya, menjawab semua email yang diterima dan membuat panggilan susulan dengan rakan niaga yang lain.Jika perlu dia kemudiannya akan berkunjung ke ibu pejabat di Petaling Jaya untuk berdiskusi dengan rakan niaga tersebut.



Nyata usaha Salehin tidak sia-sia kerana selepas tiga tahun produk yang berasaskan jus berkhasiat buah manggis ini bukan sekadar memberi pertambahan kepada nilaian ringgit miliknya, juga seluruh kehidupannya sekeluarga.Namanya bukan sahaja berada di pangkat Elite Team VeMMA Group malah lebih membanggakan dirinya turut diiktirafkan sebagai Jutawan Muda VeMMA pertama di Asia dengan puluhan ribu ahli yang berada di bawah naungannya.




"Keistimewaan VeMMA juga selain telah memasuki pasaran 56 negara malah syarikat yang diasaskan oleh BK BOREYKO, dari Amerika Syarikat ini juga tidak memerlukan modal yang besar untuk menyertainya.Ia cukup jika sekadar mengguna sendiri atau bersama keluarga produk terbabit. Anda juga tidak perlu risau berkaitan sewa pejabat setiap bulan serta lain-lain keperluan kerana pejabat anda boleh dilakukan di mana-mana sahaja."

"Walaupun masih baru dalam industri ini, namun bersama syarikat ini saya dapat mengenali dunia luar seperti mengunjungi tempat-tempat menarik di dalam dan di luar negara yang menjadi satu bonus kepada ahli yang mencapai target", ujar Salehin lagi.

Bercerita tentang harapan terhadap perniagaan yang dijalankan olehnya, Salehin mensasarkan untuk lima tahun akan datang, bukan sahaja dapat melahirkan lebih ramai usahawan yang bebas kewangan dan kekangan masa. Bagi diri sendiri pula dia meletakkan target untuk tersenarai antara 'TOP 1' kategori pendapatan tertinggi diterima yang mana hari ini namanya tersenarai di tangga '25' daripada TOP '50'.

LAPORAN : MAJALAH JUTAWAN (EDISI JUN 2010)
                     Teks : Iera Yusoff    
                    Gambar : Nizam Zailan

Wednesday, January 19, 2011

KEWANGAN STABIL bentuk KERJAYA CEMERLANG.

Majalah Harmoni ( Mei 2010 )

Setiap individu yang berkerjaya pasti mengimpikan pendapatan yang lumayan bagi menampung kehidupannya.Namun tidak semua yang mampu merancang kewangannya dengan baik, kerana kurang bijak menguruskan sumber pendapatan yang diperoleh pada setiap bulan.Akibatnya, timbul pelbagai rungutan dan permasalahan sehingga menganggu konsentrasi ketika bekerja.

Di bawah ini merupakan beberapa tips yang boleh dijadikan panduan bagi membentuk kewangan yang stabil sekaligus membina kerjaya yang cemerlang.

1.Konsep Satu Pertiga
Selepas memperoleh gaji, bahagikan kepada tiga bahagian. Satu pertiga daripadanya diperuntukkan untuk membayar hutan (ansuran kereta, rumah atau pinjaman pendidikan). Satu pertiga lagi untuk disimpan di dalam akaun simpanan khas dan satu pertiga yang terakhir digunakan untuk perbelanjaan (belanja dapur, makan, minyak kereta atau membeli-belah)

2.Bayar Pada Awal Bulan.
Jangan amalkan sikap bertangguh untuk membayar hutang. Sebaiknya, jadikan awal bulan (beberapa hari selepas gaji) sebagai kewajipan bagi anda untuk membayar segala hutang yang sepatutnya. Begitu juga dengan bil-bil seperti telefon, elektrik dan air. Hal ini bagi mengelakkan anda menggunakan wang yang telah dikhaskan untuk membayar hutang bagi tujuan berbelanja.

3.Buka Akaun Berasingan
Simpanan sepatutnya dimulakan seawal kerjaya lagi. Namun, ia masih belum terlewat untuk anda memulakannya ketika ini. Buka akaun berasingan bagi menyimpan dana simpanan anda.Simpanan tidak semestinya bernilai tinggi, RM100 sebulan misalnya sudah memandai.Tetapi jangan sesekali mengekluarkan simpanan ini melainkan bagi tujuan kecemasan.

4.Buat Pelaburan
Selain simpanan, anda boleh membuka akaun pelaburan atau membeli amanah saham sebagai simpanan jangka masa panjang.Namun sebelum membeli sesuatu pelaburan, kaji secara mendalam bagi mengelakkan anda tertipu.Jangan sesekali menyertai skim yang meragukan.Sebaliknya pilih pelaburan yang hanya diiktirafkan.

5.Jangan Tambah Hutang
Jangan berusaha untuk menambah hutang yang sedia ada. Jika ingin membeli sesuatu yang mahal seperti perabot,rumah atau peralatan elektrik, elakkan membeliny secara hutang.Kumpul duit anda setiap bulan sehinggalah jumlahnya mengcukupi bagi membeli segala barangan yang anda idamkan.

6.Kad Kredit Bukan Sahabat
Kad kredit adalah antara punca timbulnya krisis kewangan bagi anda yang bekerja.Kebanyakan daripada kita berbelanja secara boros menggunakan kad kredit, namun akhirnya tidak mampu untuk melangsaikannya.Justeru, jangan jadikan kad kredit sebagai kegunaan wajib anda bagi membeli segala barangan yang dihajati.Jika mahu menggunakan kad kredit untuk mengelakkan membawa wang tunai yang banyak, pastikan anda membayar pada keesokkan harinya.

7.Perlindungan Insuran.
Insuran atau takaful amat penting terutamanya bagi anda yang telah berkeluarga. Hal ini bagi menjamin kehidupan pada masa hdepan keluarga jika berlaku sesuatu padaq diri anda. Namun, sebelum anda membeli insuran, pastikan anda benar-benar memahami pakej yang diambil dan memenuhi keperluan anda.

8.Beli Aset Tetap
Jika berkemampuan, daripada menyewa rumah lebih baik anda membelinya.Rumah atau tanah adalah aset tetap yang amat menguntungkan anda pada masa akan datang. Tidak seperti kenderaan, harga rumah dan tanah akan meningkat pada setiap tahun.Inilah masanya untuk anda membuat perancangan bagi membeli aset berharga ini.Cuba usahakan untuk mengumpul kewangan bagi membayar deposit bagi pembelian tersebut.



Saturday, January 15, 2011

7 KESILAPAN DALAM MENGURUSKAN KEWANGAN

Apabila menyentuh soal kewangan, ramai di antara kita mengakui sukar untuk menguruskannya secara bijak. Lebih buruk lagi, ada juga di antara kita yang langsung tidak pernah memperdulikan soal pengurusan kewangan.Akibat kealpaan ini, pelbagai masalah kewangan timbul secara mendadak yang akhirnya menimbulkan beban kepada diri sendiri.



7 Kesilapan Menguruskan Kewangan.


1.Gagal Merancang.
Sibuk menguruskan kerjaya dan rumahtangga.Inilah salah satu alsan yang sering dilontarkan jika ditanya mengapa tidak merancang kewangan.Sikap sebegini merupakan penyebab kedudukan kewangan anda sering terjejas. Tanpa perancangan, anda pasti akan berbelanja melebihi keperluan. Malahan, sikap sebegini juga akan menyukarkan anda untuk mengesan lebihan perbelanjaan secara tidak sedar.

2.Berbelanja Melebihi Keperluan
Terpengaruh dengan persekitaran menyebabkan anda sukar untuk membezakan antara keperluan atau kehendak. Ditambah lagi dengan corak hidup mewah yang diamalkan seperti bergaya dengan telefon bimbit model terkini serta mengikut perkembangan fesyen terkini, pasti merumitkan lagi keadaan.Ramai yang sanggup berhabisan asalkan tidak mahi dianggap ketinggalan zaman.Akibatnya, diri sendiri yang menanggung beban hutang yang tinggi.

3.Sering Menggunakan Kad Kredit
Beli dahulu dan bayar kemudian merupakam tabiat yang sering dilakukan kini.Memiliki satu kad kredit mungkin merupakan perkara biasa, namun ramai di antara kita yang menyalahgunakan kemudahan ini.KIta berbelanja dan terus berbelanja kerana  beranggapan mampu untuk menjelaskan hutang tersebut.Namun jika ditambahkan dengan kadar faedah yang dikenakan, anda mungkin tidak mampu melangsaikannya dalam masa yang ditetapkan.Akhirnya anda boleh diistytiharkan muflis.

4.Tiada Tabungan Hari Tua.
Sikap bergantung kepada wang persaraan atau KWSP menyebabkan kita tidak menabung untuk hari tua.Setiap kali kenaikan gaji, kita hanya akan memikirkan soal ubahsuai rumah, membeli kereta baru dan sebagainya sehingga mengabaikan tabungan. Apabila tiba masa persaraan, barulah kita mulai risau dan menyesal kerana simpanan tidak mengcukupi bagi menampung kehidupan selepas bersara.

5.Melabur Di Tempat Yang Tidak sesuai.
Melihat ramai yang berjaya mengumpul kekayaan menerusi pelaburan menyebabkan anda juga ingin melabur.Namun, sikap terburu-buru dan tidak memahami selok-belok pelaburan mengakibatkan duit  yang anda laburkan hilang begitu sahaja.Justeru, pastikan anda meneliti dan mengkaji secara mendalam sesuatu bentuk pelaburan dan organisasinya sbelum melabur.

6.Tiada Simpanan Waktu Kecemasan.
Sesetengah individu menganggap insuran sebagai satu pembaziran tetapi, dengan adanya insuran ianya mungkin dapat membantu anda jika berdepan dengan kemalangan mahupun bencana.Tanpa simpanan ataupun insurans, anda dan keluarga pasti sukar  meneruskan kehidupan jika hilang pendapatan atau ditimpa musibah.Jika tidak mampu membeli insurans, pastikan simpanan dibuat pada setiap bulan.

7.Terlalu Taksub Mengumpul Duit.
Tiada gunanya memiliki wang yang banyak jika anda sakit dan kehilangan perkara berharga dalam hidup anda. Biarpun ingin mengumpul kekayaan, jangan terlalu taksub hinggakan mengabaikan keluarga, kesihatan, kepuasan  dalam hidup dan rakan-rakan.Tanpa perkara ini, hidup tidak bererti biarpun dilimpahi wang jutaan ringgit. 



Oleh : Nurul Huda Zulkifli
Majalah Harmoni (Oktober '09)