Tidak kita apa yang ingin kita lakukan, perniagaan jenis bagaimana yang anda ingin laksanakan, paling penting anda punyai impian dan percaya kepada kebolehan sendiri.
"Believe to see, not see to believe",
- NORSALEHIN ISMAIL -
Daripada insan biasa dia membina impian untuk menjadi luar biasa. Norsalehin Ismail, 28, anak kelahiran negeri yang sinonim dengan kepopularan 'anak mami' ini, hari ini nyata telah hampir memenuhi impian luarbiasanya.
Tika pemuda lain masih tergapai-gapai mencari arah dan matlamat hidup, namun tidak bagi graduan lepasan Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor, dalam bidang kejuruteraan awam ini.Lima tahun bertugas mengikut bidang yang dipelajarinya di pusat pengajian tinggi, bagi Salehin kepuasan yang diinginkan belum dikecapi.Terutama impiannya untuk mengubah nasib dan taraf hidup keluarga mendesak.Sedangkan modal menjadi masalah terutama apabila dia bukannya lahir atas dulang emas.
Terlibat dalam perniagaan internet secara tidak langsung siapa sangka memberi ruang sebagai jalan pintas kepada anak muda ini memenuhi impiannya.
"Saya memperjudikan nasib mencuba perniagaan networking secara online, VeMMA setelah diperkenalkan oleh teman sosial yang dikenali di laman naya, Matt Morrow dari Carlifornia.Melihat kejayaan yang dikecapi oleh Royal Ambasadors ini memperolehi pendapatan lebih US100 ribu sebulan mengugah hati saya lantas terus membuat kajian mengenai produk yang ditawwarkan, potensi dan peluang untuk mencapai kejayaan bersama perniagaan yang asalnya saya sendiri tidak kenali",cerita Salehin mengimbau pertemuan awal bersama syarikat yang kini banyak memberi peluang yang tidak pernah dikecapinya sebelum ini.
Menurut Salehin, enam bulan pertama perniagaan yang dijalankan secara sambilan ketika itu memperolehi keuntugan sekitar RM500 hingga ke RM1000 sebulan.Melihat kepada peningkatan pendapatan pada perniagaan yang dibina, Salehin nekad melepaskan jawatan disandang untuk memberi perhatian kepada perniagaan online ini tanpa berpaling lagi.
"Perniagaan online VeMMA cukup mudah.Modalnya sekitar RM342 iaitu pembelian untuk set produk ,mempunyai sebuah komputer dan talian internet.Perniagaan ini boleh dilakukan di mana sahaja dan pada bila-bila masa tanpa batasan. Namun harus diingatkan, perniagaan ini tidak terikat dengan majikan dan masa kerja 9 hingga 5 tetapi anda harus mempunyai komitmen dan disiplin yang tinggi agar usaha yang ada tidak kandas dipertengah jalan", ujar Salehin.
Menurut Salehin lagi, rutin hariannya sama seperti mereka yang kerja bermajikan yang mana awal pagi dia akan bersedia seolah-olah ingin ke pejabat.Selepas sarapan, yang membezakannya ialah dia tidak perlu tertekan dengan kesesakan lalu lintas, tidak perlu menegeluarkan modal untuk petrol dan tol, tetapi dia akan membuka komputer ribanya, menjawab semua email yang diterima dan membuat panggilan susulan dengan rakan niaga yang lain.Jika perlu dia kemudiannya akan berkunjung ke ibu pejabat di Petaling Jaya untuk berdiskusi dengan rakan niaga tersebut.
Nyata usaha Salehin tidak sia-sia kerana selepas tiga tahun produk yang berasaskan jus berkhasiat buah manggis ini bukan sekadar memberi pertambahan kepada nilaian ringgit miliknya, juga seluruh kehidupannya sekeluarga.Namanya bukan sahaja berada di pangkat Elite Team VeMMA Group malah lebih membanggakan dirinya turut diiktirafkan sebagai Jutawan Muda VeMMA pertama di Asia dengan puluhan ribu ahli yang berada di bawah naungannya.
"Walaupun masih baru dalam industri ini, namun bersama syarikat ini saya dapat mengenali dunia luar seperti mengunjungi tempat-tempat menarik di dalam dan di luar negara yang menjadi satu bonus kepada ahli yang mencapai target", ujar Salehin lagi.
LAPORAN : MAJALAH JUTAWAN (EDISI JUN 2010)
Teks : Iera Yusoff
Gambar : Nizam Zailan
No comments:
Post a Comment