Menurut Ketua Pegawai Eksekutif VeMMA Asia, Kenneth Koh, pasaran di Malaysia antara yang kedua terbesar selain Amerika bagi produk ini. "Dengan teknologi baru, makanan tambahan kesihatan bertaraf lima bintang keluaran kami ini terbaik untuk anda yang mementingkan kesihatan diri disamping dapat juga menambah sumber pendapatan. Kerana itu kami melihat potensi pasaran bagi produk ini di Malaysia cukup baik bukan sahaja ia daripada bahan tempatan malah bersesuaian budaya setempat"
Pada petang itu juga semua peserta dapat berkongsi rahsia kejayaan bersama beberapa usahawan sukses VeMMA selain testimoni pengguna produk sebagai bukti kejayaan perniagaan 'online networking' ini.