
3. Buat keputusan yang anda sudah memilih untuk menjadi kaya kemudian komited untuk menjadi kaya. Jangan buang masa lagi kerana setiap saat adalah kekayaan! Jika anda gagal buat keputusan hari ini anda akan gagal selama-lamanya kerana tiada arah dan tujuan.
4. Terima hakikat bahawa " Kekayaan tidak datang dengan tiba-tiba" tetapi kekayaan dicipta di minda".Semuanya bermula dengan cetusan rasa dan idea untuk berubah dan menjadi lebih baik dengan kestabilan kewangan serta kualiti kehidupan yang lebih baik.
5. Buat penyataan dalam kesedaran diri yang tinggi bahawa " hanya saya yang boleh mengubah keadaan diri dan kewangan saya.Hanya saya yang boleh mengubah nasib diri saya.Hanya saya yang boleh mengubah segala-galanya.Hanya Saya!"
6. Ubah pemikiran tentang masa depan dan jangan hanya suka berserah kepada ketentuan,sebaliknya cipta masa depan anda melalui keputusan dan pilihan yang anda buat hari ini. Ingat,jutawan dicipta bukan dengan tiba-tiba.
7. Apa yang anda perlukan adalah impian!Gambaran jelas tentang bagaimana bentuk masa depan yang anda inginkan.Jika anda tidak punyai impian bermaksud anda tidak ada masa depan.Segalanya pasti kabur dan tidak jelas.
8. Tukar pandangan dan corak pemikiran anda terhadap orang lain.Jangan lihat orang lain sebagai halangan atau pesaing,sebaliknya lihat orang lain sebagai kunci kejayaan anda.Jika anda berjaya anda dapat mengubah segala kehidupan alam maya ini. Bukan kekayaan bakal kita capai hari ini hanya untuk kita sahaja tetapi orang lain juga akan dapat merasai limpahannya.

No comments:
New comments are not allowed.