PELUANG

VeMMA -Perniagaan internet yang menawarkan peluang hebat seumur hidup anda untuk menjana income yang luar biassa.VeMMA turut menyediakan satu platform yang mudah untuk anda membina perniagaan sendiri atau menjadikannya sebagai kerjaya anda dibantu oleh sistem autoresponder yang hebat.

Wednesday, January 19, 2011

KEWANGAN STABIL bentuk KERJAYA CEMERLANG.

Majalah Harmoni ( Mei 2010 )

Setiap individu yang berkerjaya pasti mengimpikan pendapatan yang lumayan bagi menampung kehidupannya.Namun tidak semua yang mampu merancang kewangannya dengan baik, kerana kurang bijak menguruskan sumber pendapatan yang diperoleh pada setiap bulan.Akibatnya, timbul pelbagai rungutan dan permasalahan sehingga menganggu konsentrasi ketika bekerja.

Di bawah ini merupakan beberapa tips yang boleh dijadikan panduan bagi membentuk kewangan yang stabil sekaligus membina kerjaya yang cemerlang.

1.Konsep Satu Pertiga
Selepas memperoleh gaji, bahagikan kepada tiga bahagian. Satu pertiga daripadanya diperuntukkan untuk membayar hutan (ansuran kereta, rumah atau pinjaman pendidikan). Satu pertiga lagi untuk disimpan di dalam akaun simpanan khas dan satu pertiga yang terakhir digunakan untuk perbelanjaan (belanja dapur, makan, minyak kereta atau membeli-belah)

2.Bayar Pada Awal Bulan.
Jangan amalkan sikap bertangguh untuk membayar hutang. Sebaiknya, jadikan awal bulan (beberapa hari selepas gaji) sebagai kewajipan bagi anda untuk membayar segala hutang yang sepatutnya. Begitu juga dengan bil-bil seperti telefon, elektrik dan air. Hal ini bagi mengelakkan anda menggunakan wang yang telah dikhaskan untuk membayar hutang bagi tujuan berbelanja.

3.Buka Akaun Berasingan
Simpanan sepatutnya dimulakan seawal kerjaya lagi. Namun, ia masih belum terlewat untuk anda memulakannya ketika ini. Buka akaun berasingan bagi menyimpan dana simpanan anda.Simpanan tidak semestinya bernilai tinggi, RM100 sebulan misalnya sudah memandai.Tetapi jangan sesekali mengekluarkan simpanan ini melainkan bagi tujuan kecemasan.

4.Buat Pelaburan
Selain simpanan, anda boleh membuka akaun pelaburan atau membeli amanah saham sebagai simpanan jangka masa panjang.Namun sebelum membeli sesuatu pelaburan, kaji secara mendalam bagi mengelakkan anda tertipu.Jangan sesekali menyertai skim yang meragukan.Sebaliknya pilih pelaburan yang hanya diiktirafkan.

5.Jangan Tambah Hutang
Jangan berusaha untuk menambah hutang yang sedia ada. Jika ingin membeli sesuatu yang mahal seperti perabot,rumah atau peralatan elektrik, elakkan membeliny secara hutang.Kumpul duit anda setiap bulan sehinggalah jumlahnya mengcukupi bagi membeli segala barangan yang anda idamkan.

6.Kad Kredit Bukan Sahabat
Kad kredit adalah antara punca timbulnya krisis kewangan bagi anda yang bekerja.Kebanyakan daripada kita berbelanja secara boros menggunakan kad kredit, namun akhirnya tidak mampu untuk melangsaikannya.Justeru, jangan jadikan kad kredit sebagai kegunaan wajib anda bagi membeli segala barangan yang dihajati.Jika mahu menggunakan kad kredit untuk mengelakkan membawa wang tunai yang banyak, pastikan anda membayar pada keesokkan harinya.

7.Perlindungan Insuran.
Insuran atau takaful amat penting terutamanya bagi anda yang telah berkeluarga. Hal ini bagi menjamin kehidupan pada masa hdepan keluarga jika berlaku sesuatu padaq diri anda. Namun, sebelum anda membeli insuran, pastikan anda benar-benar memahami pakej yang diambil dan memenuhi keperluan anda.

8.Beli Aset Tetap
Jika berkemampuan, daripada menyewa rumah lebih baik anda membelinya.Rumah atau tanah adalah aset tetap yang amat menguntungkan anda pada masa akan datang. Tidak seperti kenderaan, harga rumah dan tanah akan meningkat pada setiap tahun.Inilah masanya untuk anda membuat perancangan bagi membeli aset berharga ini.Cuba usahakan untuk mengumpul kewangan bagi membayar deposit bagi pembelian tersebut.



Tuesday, January 18, 2011

KETAHUI 7 'PEMBUNUH' KARIER

   Bagi mengetahui apakah yang boleh menjadi 'pembunuh' karier anda, baca info di bawah.

1.MENUNDA PEKERJAAN
Perilaku ini membawa banyak akibat buruk pada pelakunya.Kebiasaan menyerahkan tugasan di detik-detik terakhir deadline tentunya citra yang bagus di mata majikan. Ini belum lagi jika perkara atau hal-hal di luar dugaan yang terjadi.Sebagai contoh, komputer yang hang atau dokumen-dokumen penting hilang.Pastinya kelam-kabut.

2.INGIN CEPAT NAIK PANGKAT
Generasi pekerja sekarang ini adalah generasi 'segera'.Mereka seolah-olah sudah terbiasa mendapatkan apa yang mereka inginkan di saat itu juga.Tentunya hal ini tdak bisa diterapkan di dunia kerja.Sebaiknya sebelum berada di atas, individu tersebut terlebih dahulu melalui pelbagai cabaran dan dugaan.Lebih baik lagi jika dia memulakan kerja dari bawwah.Pastinya banyak pengalaman dapat dikumpul dan ini memberi satu kelebihan buat dirinya.

3.PASIF
Anda boleh memilih pekerjaan yang kurang mencabar tugasnya.Bagaimanapun, ini bukan bermakna anda tidak bisa mencabar diri melakukan pekerjaan yang lebih hebat tanggungjawabnya. Jangan pasif dalam melakukan sesuatu.Sikap negatif tersebut hanya akan membuat kerjaya anda terbantut dan tidak berkembang.

4.MENGHINDARI POLITIK PEJABAT YANG NEGATIF.
Sekiranya anda mahu karier meningkat, terlibat dalam politik pejabat adalah perkara yang tidak harus dilakukan.Bagaimanapun,pastikan anda mengikuti jalur politikpejabat yang baik dan bukan menjadi tukang gosip atau penyampai maklumat palsu. Langkah terbaik dalam usaha melibatkan diri dalam politik pejabat yang adalah menjalin hubungan baik dengan rakan sekerja,meminta bimbingan pihak atasan dan membantu meringankan tugas rakan sekerja yang banyak.

5. TIADA KERJASAMA DALAM KERJA KUMPULAN
Bekerja dalam satu kumpulan,seseorang individu itu harus aktif dan mampu bekerjasama dengan baik bersama ahli kumpulannya yang lain.sekiranya gagal berbuat demikian,kehadiran anda dalam kumpulan tersebuttidak membantu sekaligus tidak memberi sebarang makna.malah tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa kehadiran anda hanya menjadi beban kepada ahli kumpulan yang lain.

6. PENAMPILAN YANG TIDAK KEMAS
Setiap andividu berkerjaya pastinya ingin dilihat sebagai seorang yang profesional dan boleh dipercayai.namun,sekiranya imej dan gaya anda tidak keruan,mana mungkin majikan atau rakan sekerja akan percaya akan kebolehan  dan kredibiliti anda.Tidak dinafikan,perkara penting yang harus diberi  keutamaan adalah hasil kerja,namun penampilan juga sebenarnya turut memberi kesan pada persepsi pihak atasan,rakan sekerja atau pelanggan.

7. MALAS MENGEMBANGKAN JARINGAN
Jaringan kerja amat penting untuk kejayaan pekerjaan dan karier seseorang. Dengan jaringan hubungan yang luas dan kuat,secara tak langsung peluang perniagaan juga akan terbuka luas.Bagi yang malas membangunkan jaringan perniagaannya,dia pasti tidak akan menemui peluang besar dalam kariernya.

JAUH BUKANLAH ALASAN ATAU PENGHALANG!

Posted by Admin. No Comments
Salam sejahtera kepada Brand Patner Vemma!
Disini saya ingin kongsikan tips dan motivasi untuk berjaya di dalam bisnes vemma tidak kira di mana jua sekali pun bukanlah alasan atau penghalang untuk terus berjaya dalam kehidupan lebih dari luar biasa…. J…Komunikasi amat penting dalam merapatkan silaturahim antara leader dengan brand patner. Ianya amat berhubungkait untuk meneruskan lagi perjuangan untuk berjaya…BERJAYA itu adalah satu PERJUANGAN… J..Saya akan senaraikan secara umum bagaimana untuk berhubung dengan brand patner atau prospek anda hanya melalui online….



1- YAHOO, GOOGLE, MSN LIVE EMAIL & MESSENGER
Kebiasaan yang digunakan oleh pengguna internet termsuk anda sendiri. Cara ini lebih senang untuk berhubung tetapi anda perlu menunggu untuk menerima maklum balas info dari brand patner atau prospek anda. Mudah dikendalikan hanya perlu compose atau reply email brand patner anda itu…. J..Anda juga boleh menggunakan ruangan messenger seperti yahoo, google atau MSN messenger sebagai medium untuk berhubung dan berkomunikasi…..

2- FACEBOOK EMAIL, POSTING WALL & RUANGAN PERSONAL CHAT
Anda boleh berhubung dengan brand patner hanya melalui email facebook atau posting wall. Jadi ramai pelawat akan menerima
komunikasi anda bersama dengan brand patner jika mereka menjadi sebahagian kawan anda. Rata-rata semua pengguna internet mempunyai akaun facebook, jadi tak salah anda nak berkomunikasi sama ada prospek atau brand patner anda kan…


3- SKYPE FORUM ATAU PERSONAL CHAT
Salah satu cara untuk berhubung dengan brand patner anda adalah melalui sistem skype. Kebiasaanya brand patner menggunakan sistem skype untuk mengadakan training secara online leader dan sebagainya. Anda sendiri boleh menggunakannya untuk berhubung dengan brand patner dan mengadakan forum. Untuk mahir guna sistem skype ini anda boleh lah kuasai menggunakan sistem skype ini ye…. Anda juga boleh menggunakan voice untuk bercakap secara live bergantung kepada kekuatan frekuensi broadband anda itu sendiri….





4- TEAMVIEWER ATAU PERSONAL CHAT
Medium yang jarang digunakan oleh pengguna internet tetapi memang berkesan untuk pengajaran hanya melalui “screen to screen” dimana anda boleh tahu dimana kesilapan teknikal yang biasa dilakukan atau mengajar hanya panduan melalui screen yang tertera. Jika anda berminat untuk menggunakan medium ini, digalakkan tetapi biarlah anda terlebih dahulu faham menggunakan medium ini ye…Selain itu anda juga boleh chat secara personal dan juga menggunakan voice untuk bercakap antara satu sama lain………. J untuk panduan memuat turun sila KLIK DISINI




5- LAIN-LAIN MEDIUM SISTEM KOMUNIKASI ONLINE & RUANGAN PERSONAL CHAT
Antara Medium yang untuk tujuan berhubung dan komunikasi adalah seperti:
a) Bearshare.com
b) wefi.com
c) startvg.com
d) meeboo com

Dan banyak lagi yang belum dinyatakan diatas. Jadi anda boleh lihat mana yang paling berkesan untuk anda berhubung dan berkomunikasi cuma yang menjadi penghalang untuk berjaya adalah DIRI ANDA SENDIRI. Jadi kuatkan semangat dan lawan diri ana itu untuk terus berjaya dan terus kepuncak kejayaan anda. Kejayaan anda adalah kebanggaan kami semua di vemma!




Saturday, January 15, 2011

7 KESILAPAN DALAM MENGURUSKAN KEWANGAN

Apabila menyentuh soal kewangan, ramai di antara kita mengakui sukar untuk menguruskannya secara bijak. Lebih buruk lagi, ada juga di antara kita yang langsung tidak pernah memperdulikan soal pengurusan kewangan.Akibat kealpaan ini, pelbagai masalah kewangan timbul secara mendadak yang akhirnya menimbulkan beban kepada diri sendiri.



7 Kesilapan Menguruskan Kewangan.


1.Gagal Merancang.
Sibuk menguruskan kerjaya dan rumahtangga.Inilah salah satu alsan yang sering dilontarkan jika ditanya mengapa tidak merancang kewangan.Sikap sebegini merupakan penyebab kedudukan kewangan anda sering terjejas. Tanpa perancangan, anda pasti akan berbelanja melebihi keperluan. Malahan, sikap sebegini juga akan menyukarkan anda untuk mengesan lebihan perbelanjaan secara tidak sedar.

2.Berbelanja Melebihi Keperluan
Terpengaruh dengan persekitaran menyebabkan anda sukar untuk membezakan antara keperluan atau kehendak. Ditambah lagi dengan corak hidup mewah yang diamalkan seperti bergaya dengan telefon bimbit model terkini serta mengikut perkembangan fesyen terkini, pasti merumitkan lagi keadaan.Ramai yang sanggup berhabisan asalkan tidak mahi dianggap ketinggalan zaman.Akibatnya, diri sendiri yang menanggung beban hutang yang tinggi.

3.Sering Menggunakan Kad Kredit
Beli dahulu dan bayar kemudian merupakam tabiat yang sering dilakukan kini.Memiliki satu kad kredit mungkin merupakan perkara biasa, namun ramai di antara kita yang menyalahgunakan kemudahan ini.KIta berbelanja dan terus berbelanja kerana  beranggapan mampu untuk menjelaskan hutang tersebut.Namun jika ditambahkan dengan kadar faedah yang dikenakan, anda mungkin tidak mampu melangsaikannya dalam masa yang ditetapkan.Akhirnya anda boleh diistytiharkan muflis.

4.Tiada Tabungan Hari Tua.
Sikap bergantung kepada wang persaraan atau KWSP menyebabkan kita tidak menabung untuk hari tua.Setiap kali kenaikan gaji, kita hanya akan memikirkan soal ubahsuai rumah, membeli kereta baru dan sebagainya sehingga mengabaikan tabungan. Apabila tiba masa persaraan, barulah kita mulai risau dan menyesal kerana simpanan tidak mengcukupi bagi menampung kehidupan selepas bersara.

5.Melabur Di Tempat Yang Tidak sesuai.
Melihat ramai yang berjaya mengumpul kekayaan menerusi pelaburan menyebabkan anda juga ingin melabur.Namun, sikap terburu-buru dan tidak memahami selok-belok pelaburan mengakibatkan duit  yang anda laburkan hilang begitu sahaja.Justeru, pastikan anda meneliti dan mengkaji secara mendalam sesuatu bentuk pelaburan dan organisasinya sbelum melabur.

6.Tiada Simpanan Waktu Kecemasan.
Sesetengah individu menganggap insuran sebagai satu pembaziran tetapi, dengan adanya insuran ianya mungkin dapat membantu anda jika berdepan dengan kemalangan mahupun bencana.Tanpa simpanan ataupun insurans, anda dan keluarga pasti sukar  meneruskan kehidupan jika hilang pendapatan atau ditimpa musibah.Jika tidak mampu membeli insurans, pastikan simpanan dibuat pada setiap bulan.

7.Terlalu Taksub Mengumpul Duit.
Tiada gunanya memiliki wang yang banyak jika anda sakit dan kehilangan perkara berharga dalam hidup anda. Biarpun ingin mengumpul kekayaan, jangan terlalu taksub hinggakan mengabaikan keluarga, kesihatan, kepuasan  dalam hidup dan rakan-rakan.Tanpa perkara ini, hidup tidak bererti biarpun dilimpahi wang jutaan ringgit. 



Oleh : Nurul Huda Zulkifli
Majalah Harmoni (Oktober '09)

Monday, January 10, 2011

10 TIPS BAGAIMANA BERFIKIR UNTUK BERUBAH MENJADI SEORANG JUTAWAN

1. Sebelum menjadi seorang jutawan anda hendaklah membentuk 'minda jutawan' punyai 'mindset' yang betul dengan menfokuskan keseluruhan jiwa,minda dan fokus terhadap dunia jutawan dan kekayaan.

2. Punyai kekayaan dari segi mental dan emosi - "biar miskin harta tetapi jangan miskin minda" Kekayaan pemikiran dan emosi anda dengan percaya anda boleh! Disokong dengan perasaan anda yang kuat dan teruja untuk menjadi kaya.

3. Buat keputusan yang anda sudah memilih untuk menjadi kaya kemudian komited untuk menjadi kaya. Jangan buang masa lagi kerana setiap saat adalah kekayaan! Jika anda gagal buat keputusan hari ini anda akan gagal selama-lamanya kerana tiada arah dan tujuan.

4. Terima hakikat bahawa " Kekayaan tidak datang dengan tiba-tiba" tetapi kekayaan dicipta di minda".Semuanya bermula dengan cetusan rasa dan idea untuk berubah dan menjadi lebih baik dengan kestabilan kewangan  serta kualiti kehidupan yang lebih baik.

5. Buat penyataan dalam kesedaran diri yang tinggi bahawa  " hanya saya yang boleh mengubah keadaan diri dan kewangan saya.Hanya saya yang boleh mengubah nasib diri saya.Hanya saya yang boleh mengubah segala-galanya.Hanya Saya!"

6. Ubah pemikiran tentang masa depan dan jangan hanya suka berserah kepada ketentuan,sebaliknya cipta masa depan anda melalui keputusan dan pilihan yang anda buat hari ini. Ingat,jutawan dicipta bukan dengan tiba-tiba.



7. Apa yang anda perlukan adalah impian!Gambaran jelas tentang bagaimana bentuk masa depan yang anda inginkan.Jika anda tidak punyai impian bermaksud anda tidak ada masa depan.Segalanya pasti kabur dan tidak jelas.

8. Tukar pandangan dan corak pemikiran anda terhadap orang lain.Jangan lihat orang lain sebagai halangan atau pesaing,sebaliknya lihat orang lain sebagai kunci kejayaan anda.Jika anda berjaya anda dapat mengubah segala kehidupan alam maya ini. Bukan kekayaan bakal kita capai hari ini hanya untuk kita sahaja tetapi orang lain juga akan dapat merasai limpahannya.

9. Peka dengan kekayaan dan kemajuan sekeliling. Lihatlah berapa ramai orang yang telah kaya dan berjaya mengubah hidup mereka menjadi lebih baik. Tanyalah pada diri anda,jika mereka boleh kenapa aku tidak boleh?Kemudian lihat betapa sedih dan ruginya diri anda sekarang yang masih hidup susah dan tertinggal di belakang.

10. Lihat dalam diri anda,tanyakan pada diri anda apa yang anda mahu?Di mana anda mahu pergi?Apa yang anda ingin capai?Bagaimana anda boleh melakukannya? Kenapa anda harus melakukannya? kenapa anda harus memilih untuk menjadi jutawan yang kata raya dan taqwa hari ini.Adakah anda sudah bersedia untuk membuang kepercayaan yang salah terhadap kekayaan dan wang hari ini? Adakah anda sudah punyai minda jutawan?Ingatlah kata-kata ini."Jika anda miskin hari ini,anda akan miskin selama-lamanya.hanya yang kaya akan menjadi kaya!"Ubah pemikiran,ubah kehidupan.


KAYA @ MISKIN : KITA BERUSAHA DAN TAWAKAL

Jika Tuhan betul-betul mentakdirkan kita menjadi miskin sekurang-kurangnya kita telah mendapat pahala berusaha.Yang paling penting, kita telah memenuhi kehendak rasa hati kita.

Sebaliknya alangkah ruginya kalau Tuhan telah menetapkan kita menjadi kaya sedangkan kita tidak berusaha ke arah itu.

Mendaki tangga kejayaan perlukan kesungguhan, kecekalan dan tawakal kepada Allah S.W.T