Perkongsian tentang pemasaran facebook!
Pada minggu lepas saya dapat tahu seorang rakan saya telah menghadiri seminar/bengkel berkaitan pemasaran facebook.Rupa-rupanya ada beberapa kaedah yang digunakan untuk menarik perhatian jutaan pembeli/pengguna di laman sosial facebook.Oleh itu, jom baca apa yang dikatakan oleh Saudara Faisal Abdullah tentang pemasaran facebook.
Bengkel Pemasaran Faceboo
Daripada: Faisal Abdullah
Kepada (bakal) peniaga internet yang dikasihi,
Inilah dia cara paling mudah dan paling cepat untuk dapatkan keuntungan…
Jika anda….
- mahukan lebih ramai pembeli
- sudah muak asyik mencari dan mencuba perniagaan baru
- atau letih dengan perniagaan sekarang yang tak membawa jualan dan keuntungan yang bermakna….
Malah, dengan system baru yang automatik ini…
Anda Boleh Pasarkan Produk Pada
Sasaran Khusus Hanya Dalam Beberapa Jam!
Saya telah gunakan sistem ini secara peribadi selama 3 tahun, dan telah mendapatkan ratusan ribu prospek ke produk saya, dan menjana lebih dari RM47,000 hasil jualan secara part time.Tambahan lagi, anda mungkin pernah dengar ‘teknik-teknik’ internet yang kononnya membawa puluhan ribu, malah ratusan ribu dalam sekelip mata, yang sememangnya mungkin benar…tapi anda diceritakan yang elok-elok sahaja. Yang susah-susah, termasuk masa yang mereka telah ambil selama bertahun-tahun lamanya, dan ribuan ‘database prospek’ yang telah lama mereka kumpul, tak pula diceritakan!
Kalau sudah ada ribuan database prospek, memang semudah menekan satu ‘butang’ boleh jana duit. Tapi bagi anda yang baru nak bermula pula bagaimana?
Kalau sudah ada ribuan database prospek, memang semudah menekan satu ‘butang’ boleh jana duit. Tapi bagi anda yang baru nak bermula pula bagaimana?
Ini bukan teknik pelik atau susah, atau memerlukan pengalaman bertahun-tahun lamanya.Saya cuma ajar cara mudah untuk bermula dari zero dan mendapat jualan dengan segera…
Dengan sistem pemasaran automatik ini, anda boleh buat kajian pasaran dengan cepat, dan mendapat keuntungan dengan pantas. Tidak perlu lagi membuang masa dengan projek-projek terbengkalai.
Sudah tiba masanya anda menemui sistem sama yang saya gunakan, yang telah terbukti keberkesanannya. Satu sistem automatik yang berjalan dengan sendiri dan bertanggungjawab menjana ratusan ringgit setiap hari.
Mungkin anda terpinga-pinga kerana masih melakukan yang berikut:
Promosi produk di dalam forum, tapi sambutannya hambar | |
Masuk facebook dan add kawan beramai-ramai, tapi tiada pembeli | |
Tag orang dalam Facebook, tapi akhirnya mereka pun naik menyampah | |
Cuba promosi dalam Mudah.my dan website ‘iklan percuma’ yang lain | |
Sudah cuba jual pelbagai produk, silih berganti satu demi satu, tapi gagal | |
Menghantar email, dan mungkin juga spam orang dengan email | |
Masih mencari produk yang sesuai untuk dijual | |
Dan banyak lagi cara lain yang mengambil masa, tapi tiada hasil memuaskan |
Cara-cara di atas mungkin nampak ‘menarik’ kerana ianya percuma, dan mungkin menghasilkan anda beberapa pelawat di sana sini. Tapi kalau anda mahu membina perniagaan yang stabil yang membawa masuk keuntungan tiap-tiap hari, ini bukan caranya…
Jadi Apa Rahsianya?
Asasnya cukup mudah:Cari orang yang lapar, dan berikan mereka makanan.
Dengan kata lain, pasarkan produk anda kepada mereka yang memang sedang mencari atau mempunyai minat yang tinggi terhadap produk tersebut.
Kenapa iklan TV yang ditayangkan pada waktu pagi sewaktu siaran kartun, kebanyakkannya adalah produk permainan kanak-kanak?
Kenapa pula majalah Mingguan Wanita hanya mengiklankan produk kecantikan dan kesihatan wanita?
Syarikat besar yang mempunyai wang yang banyak untuk membeli iklan di TV dan Majalah hanya memasarkan pada target pelanggan yang khusus.
Kanak-kanak, dan wanita bagi 2 contoh berasingan di atas.
Persoalannya sekarang….
Pernahkah anda melihat iklan yang sama di TV, radio dan Majalah bagi produk yang sama secara berulang-ulang? Pernah bukan?
Kos untuk mengiklan sebegini sudah tentunya mahal.
Jika ia tidak berkesan, adakah anda rasa syarikat tersebut akan menelan belanja yang besar secara berulang-ulang? Jika tiada pulangan dari iklan mereka, syarikat tersebut sudah tentu akan akan bungkus!
Tetapi tidak. Malahan, mereka lebih UNTUNG! Sudah tentu mereka mendapat pulangan jualan jauh melebihi apa yang dibelanjakan untuk iklan.
TV mempunyai jutaan penonton.
Penononton siaran kartun mungkin ramai di kalangan kanak-kanak.
Penonton drama indonesia dan melayu yang disiarkan pada waktu tengahari mungkin ramai di kalangan wanita suri rumah.
Iklan yang disiarkan sangat berbeza mengikut waktu dan jenis rancangan.
Ini kerana produk yang ditawarkan hanya sesuai untuk jenis pelanggan yang berbeza.
Begitu juga dengan majalah….
Ia mempunyai jutawan pembaca dari minat yang berbeza….dari majalah wanita, ke majalah kereta, hingga ke majalah sukan golf.
Jika ramai pelanggan yang khusus ‘mendengar’…. pemasaran yang berkesan dapat dilakukan.
Tapi Faisal…. syarikat besar memanglah ada modal untuk buat iklan. Bagaimana pula dengan saya yang baru nak bermula?
Okay, mari kita tengok jenis-jenis pilihan yang anda ada:
- Iklan di TV? Terlalu mahal.
- Iklan di Radio? Sama juga, terlalu mahal
- Iklan di majalah? Tetap mahal tetapi sesuai bagi perniagaan yang sudah bertapak dan mempunyai pengikut
- Flyers? – Printing agak mahal, boleh jejak RM500-1000 mengikut saiz dan warna. Pemasaran tidak khusus. Tiada tracking samada ayat2 dan gambar digunakan berkesan atau tidak. Jika tersilap printing, terpaksa keluarkan kos tinggi untuk cetak semula.
- Classifieds di surat khabar? - RM200-500 untuk beberapa hari sahaja, dan hanya dapat kotak kecil dalam tulisan hitam dan putih. Tiada pembaca khusus, tiada tracking, dan tersorok di sebalik puluhan iklan lain
Jadi, apakah pilihan lain yang cepat, murah, boleh tracking, boleh letak gambar, text, video dan boleh diubah sesuka hati dengan kos yang JAUH lebih murah dari mencetak FLYERS dan CLASSIFIEDS di akhbar, tetapi 10 KALI GANDA LEBIH BERKESAN?
Jawapannya, Facebook.
Dengan:
- 9.4 juta pengguna di Malaysia (dan meningkat beratus-ratus ribu setiap minggu)
- 60 juta pengguna di Asia
- 700 billion minit diluangkan di Facebook
- 200 juta memasuki Facebook menggunakan handphone
- 500 juta pengguna Facebook di Internet
Tercari-cari idea bisnes? Mungkin pernah terfikir menjual produk kecantikan wanita? Target pelanggan di Malaysia untuk anda adalah 191,6400 wanita yang memang kaki ‘shopping’ dan bersedia mengeluarkan duit untuk membeli belah.